Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 20, 2010

Membaca Surah Yasin Pada Malam Jumaat


Nabi Muhammad s.a.w menyifatkan surah itu jantung al-Quran.

“Pernyataan Rasulullah s.a.w itu menyebabkan naluri hati kita ghairah membacanya dengan sempurna, secara beramai-ramai di masjid atau di surau.
“Pembacaan ini lazimnya dipimpin seorang imam atau syeikh dan dilakukan pada malam Jumaat,” katanya.

“Inilah sebahagian bentuk amalan yang sudah lama difahami, diamal dan dijadikan tradisi dalam masyarakat Melayu kita di Nusantara.

“Amalan ini banyak mendatangkan kebaikan dan mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara yang sia-sia, maksiat dan dosa.

“Pendek kata, amalan membaca Yasin umpamanya mempunyai khasiat lapan dalam satu, manakala pihak yang mencela golongan mengamalkan bacaan Yasin secara hakikatnya berada jauh dari rahmat Allah.

Surah Yasin satu daripada surah yang dimulakan dengan huruf abjad dan dinamakan dengan demikian kerana ia dimulakan dengan lafaz Yasin, termasuk dalam surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah al-Jin dengan 83 ayat. Ada pendapat mengatakan ia mengandungi 82 ayat.

Amalan membaca surah Yasin mempunyai banyak kelebihan, sebagaimana diterangkan melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Imam al-A’jiri menyebut satu riwayat dari Ummul Darda, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Mana-mana mayat yang dibacakan padanya surah Yasin, nescaya Allah akan mempermudahkan kematiannya.”

Abu Hurairah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang membacakan surah Yasin pada satu malam bertujuan mencari keredaan Allah nescaya Allah akan mengampunkannya pada malam berkenaan.”

Anas bin Malik meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Setiap sesuatu mempunyai hati, hati al-Quran adalah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah akan menulis pahala membaca al-Quran baginya sebanyak 10 kali.”

Imam al-Sya’labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah.”

“Terdapat beberapa hadis menunjukkan kelebihan membaca surah tertentu di dalam al-Quran sebagaimana diisyaratkan Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyadh al-Solihin,” kata Zamihan.

Dalil umum ini menggalakkan umat Islam membaca mana-mana surah di dalam al-Quran. Ia turut merangkumi surah Yasin memandangkan ia satu surah di dalam al-Quran.

“Perhatikanlah kepada sanad dan matannya secara terperinci. Sekiranya dalil terbabit muncul dengan sanad yang lemah, ia dapat dijadikan hujah kerana masih ada sanad sahih menjelaskan kelebihannya.

“Manakala sanad yang daif tadi jika dihimpun dan dihubungkan dengan kesaksian yang lain nescaya ia akan mencapai taraf hasan sebagaimana diperakui oleh ulama hadis seperti Imam al-Tirmidzi dan selainnya,” katanya.

Surah ini mempunyai banyak intipati yang sepatutnya direnung dan dihayati di samping membacanya, seperti kritikan dan penjelasan sikap kaum musyrikin (ayat 7 -12, 60-68), iaitu menggesa kita mengikis hati dari sifat keji.

Turut diceritakan bukti kewujudan hari berbangkit (ayat 31-54), perbincangan mengenai ilmu, rahmat dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas (ayat 71-83) dan sifat syurga yang disediakan untuk orang beriman (ayat 55-59).

“Selepas kita memahami dan menyedari kedudukan al-Quran, kandungan surah Yasin, tuntutan, galakan dan kelebihannya, kita perlulah membina penghayatan yang mantap dalam diri kita.

“Ternyata kepada kita, amalan membaca surah Yasin bukan sesuatu yang diharamkan ataupun dihukum sesat dalam agama. Bahkan ia satu kelebihan dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan,” katanya.

Wednesday, May 19, 2010

kelab lelaki seventeenian

hari ni aku nak citer pasal kelab yg dibuat kat tempat aku keje.keanggotaan ni khas lelaki tempat aku keje.bukan semua lelaki leh masuk,yang bebetul sejati dan terbukti ketulenan sbgai lelaki baru leh.hahahahahaha..........asal usul kelab ni tercipta adelah untuk menghalang dan menewaskan anasir2 yg kurang disenangi kat tmpat aku keje.kumpulan asal dan ahli tegar 7 org,yang lain cuma watak2 sampingan dan pemilik kelab je.cam power rangers pon ade gak sbb kitorang ni 7-8 org dan raksase 1 je.



ni je ahli yg betul2 tegar
1.imam samudra
2.samsul
3.haji kecik jamlus
4.azreein
5.mael
6.azam a.k.a aku
7.hamran(tiada dlm gamba sbb die yg snap gamba ni)

lau ikotkan setiap tahun kami ade mengadakan projek mega utk membincangkan masalah tempat keje yg dilanda serangan raksase,pilihan tempat mesti jauh dari tmpat keje supaya tiada maklumat yg bocor atau mengelak dari diintip oleh perisik2 antarabangsa.sambil bincang masalah sambil bercuti utk mengambil seruan kerajaan agar rakyat malaysia keluar bercuti tenangkan minda cam kat iklan tourism malaysia..


best gak jalan2 camni lau tak mmg aku tak rase pegi tempat2 camtu.banyak gak kitorg gie jalan2 1 malaysia ni.banyak pengalaman yg aku dapat bile becampur ngan kawan aku ni,diorg semua lagi tua dan matang dari aku.aku ambik pengalaman je terus.memula skali trip yg kami pergi ialah taman negara pahang.


agoh chalet tempat kitorg tido selama kat taman negara pahang.ni tempat paling murah dan dekat ngan sungai.semua yg pergi taman negara mmg ade dlm gamba ni.kitorang sewa 1 umah je.utk mudahkan solat dan mandi.bukan tido sgt pon lau dah jalan jauh2.hehehehehe....



ni rumah yg kitorg sewa mase kat taman negara.pegi 9 org time ni.cam yg aku bagitau tadi tegar ade 7 orang + suresh + zainuddin = 9 org.umah tu bentuknya dinding dibuat cam kayu beso la konon.banyak gak aktiviti dibuat kat sini cam jungle trekking,mandi sungai dan naik jambatan gantung.

pegi ni menaiki 2 biji kater lau sebijik je mane cukup naik bawak 9 org.huhuhuhu....

perjalanan kitorang seterusnya pulau pangkor
ni rumah mmber yang mase tu tinggal kat perak(skrg dah tinggal kat balakong)kitorg singgah pas solat subuh hanya utk sarapan je,siap je sarapan terus menuju ke pulau pangkor.pegi pangkor ni tetinggal seorg ahli tegar sbb die ade ape ntah kat UM katenya.ngada2 sbb last minit baru bagitau takmau pegi(mail la tu..)


*tempat tinggal dan aktiviti2 kat pulau pangkor







-belakang tu la kitorang tinggal kat pulau pangkor.
-naik moto cabuk yg nak gugur enjin.dapat topi kura2 plak tu.hahahahaha.....












-time naik feri nak gie pulau pangkor
-aktiviti paling aku suke snorkeling.siap aku leh tangkap ikan tangan kosong je.hehehe...

aktiviti lain to be continued lain kali...
hehehehe...stay tuned

Tuesday, May 18, 2010

dugaan dah mai dah.....

ngape aku cakap camtu ek?dugaan betul ni yang aku lalui,bukan cobaan tapi bebetul.biase org kate lau betunang ni mmg banyak dugaan dan cobaan,lau tak kuat hadapi boleh jadi tak sampai nikah kadang tu.banyak gak pantang larang lame2 yang takleh buat itu,takleh buat ini.bagi aku plak,mmg le ape yg org tua2 kate tu betul tapi jangan la bagi alasan yg takleh diterima akal zaman millenium ni.bukan aku pesenda org zaman dulu cuma kite kena ikut peredaran zaman gak la.

balik kat kisah aku la yer,camni la aku pendekkan citer......aku mmg dan lame plan dan susun atur jadual aku nak tunang bulan 6 ni,aku tak mau ubah2 dah.aku mmg nak jadikan bulan 6 ni amat2 special buat diri aku,famili aku,famili tunang aku dan yg paling special tunang aku cicie.aku cadang akan datang kedah sehari lebih awal dari tarikh nak tunang,mesti la camtu......takkan hari nak tunang tu baru aku nak tehegeh-hegeh datang plakkan.lagipon plan nak langsungkan majlis tu pas waktu zohor hari sabtu.jauh gak la dari selangor tuju ke kedah,tu pasal aku kena datang sehari awal.leh gak sampai sane relex dan golek2 kat umah sedare aku.kate org tak la tekejar-kejar.jadinya pas subuh hari jumaat aku dah gerak dari selangor menuju kedah.

peta negeri kedah darul aman

perjalanan aku dari selangor menuju kedah

peta negeri selangor darul ehsan

cam gamba yang aku tunjuk kat atas tadi,aku kat selangor menuju kearah atas sbb mmg kedah atas dari selangor pon.dari dulu sampai skrg camtu gak kedudukannya.anak panah tunjuk ke atas cam pejalanan aku.tak ramai yg gie mase aku tunang nnti,aku bawak adik bradik ngan mak aku je.dari selangor dlm 4 biji kereta.singgah jab kat perak ambik abg ke-3,pastu terus menuju destinasi.aku kena gie sbb nak bawak abg aku yg ke-2,die takleh bawak kater jalan jauh.lau aku tak pegi sape nak bawak abg aku.mak naik kater kakak yg atas aku.die pegi lewat cikit,sblah ptg hari jumaat tu sbb kena pegi kursus induksi.abg aku yg sulong bawak famili die.kat sane nnti jumpe kat umah sedare yg kat kedah.

dugaan yg aku hadapi plak kali ni ialah.....wawawawawa.....aduss...camni citernya,semua yg kakitangan kerajaan akan mengambil peperiksaan PTK,lau dapat keputusan 4 dan 4 (keputusan cemerlang la tu..)akan dapat pegerakan gaji melintang atau menegak bermaksud lebih dari pegerakan jadual gaji biasa.bebaru ni aku dapat tau yg pegerakan gaji aku yg melintang ke menegak tak dapat dibuat sbb aku blom menghadiri kursus BTN.aku kena gie kursus sblom pegerakan gaji aku dibuat pada bulan oktober.jadi aku pon mohon la kursus BTN tu secare online.org2 kat BTN tu kate mungkin lambat lagi aku dapat tawaran kursus sbb banyak sgt2 calon menunggu utk pegi kursus tu dari tahun 2002 lagi.aku cakap kat kawan2 aku,harap2 sgt tak kena time tarikh aku betunang.
logo birotatanegara(BTN)


aku mmg bajet lambat lagi dan harap dlm bulan 7 la dipanggil kursus.tup...tup...aku dapat kursus tu 10-14 jun nnti,cepat la plak aku dapat tawaran kursus tu.aku nak gerak dari sini pegi kedah 11hb dan betunang 12hb,jadi kursus tu mmg kena kat tarikh yg same ngan plan aku tunang.terasa mangkuk sungguh org2 yg uruskan kursus BTN tu.aku terase disabotaj sungguh.tepon pihak BTN tp diorg kate takleh ubah tempat,cara yg boleh cuma tangguh je tapi pastu taktau plak bile akan dipanggil kursus.pening kejab aku ngan hal ni,jauh plak tu diorg anta aku gie kursus kat kemaman terengganu sinun.
lau sehala ke arah kedah atau dekat2 area selangor ni aku leh petimbangkan gak.ni kat tempat petronas cari petrol tu.hampeh sungguh....tension je


setelah aku kira2,tambah tolah darap skali ngan bahagi aku mmg cadang nak tangguh gak la kursus BTN tu.biar la aku tak dapat gaji lebih pon janji aku dapat jaga hati banyak pihak terutama hati cicie.lau gaji aku lebih tu lambat sikit pon takpe la.pas tunang atau taun depan la aku gie kursus BTN tu.huhuhuhu.....
tak nak la cakap ape lagi pasal ni.apepon mmg aku utamakan majlis pertunangan aku dari kursus BTN.biar la org cakap apepon,aku dah plan ngan semua mmg tarikh ni jadi aku takkan ubah2 lagi.lagipon tak elok tangguh benda baik yg kite dah rancang bebetul,kang tebatal terus plak.orang kate la,seram gak aku.hehehehehe....



utk cicie.....tunggu tau,jijam akan ketempatmu gak pada tarikh yg telah kite rancangkan.to be continued....

Monday, May 17, 2010

MAY 17

may 17 atau dlm bahasa melayu 17 mei......pelik sikit la tajuk yg aku buat kali ni,cam sept 11 la plak(wtc ngan pentagon kena langgar dek garuda besi mase sept 11).apepon aku nak bagitau sbnrnye takde ape kena mengena pon ngan sept 11 atau pon rusuhan 13 mei.saje nak letak 17 mei sbb tarikh ni sbnarnye adalah segala permulaan yang berlaku dalam idup aku ni.

kire-kire 2 taun yg lepas pada tarikh ni aku berkenalan ngan seorg gadis yg jauh muda dari aku.bukan takat jauh muda dari aku tp lokasi kedudukan gadis tu dari aku pon mmg jauh tul,nun di kedah sane.camner aku bekenalan ngan die agaknyer ek....????hhmmmm.....tu yang kate org lau jodoh tak kire kat mane pon,tak kire jauh mane pon mesti jumpenyer.

aku kenal ngan die ni bemula dihujung jari je,biase la zaman canggih-manggih ni yang jauh pon leh gak kenal.takkan nak kenal ngan org dekat je kan,betul tak?aku kenal ngan die melalui internet la senang citer.first time aku dapat tgok gamba die yg ni la.....
sejuk hati memula tgok awek camni.hehehehe....

stat dari kenal pada 17 mei tu,kitorg selalu la sembang pasal diri memasing,biase la nak merapatkan siratulrahim katekan.mmg kawan je,takde pon lebih2.cuma yg tak bestnyer die ni ade time cuti sem je,die bagitau aku yg die blaja kat uitm.aku ni pon memula ingat die tipu je la sbb die kate kat uitm dlm negeri selangor tp bukan kat shah alam.aku plak mase tu cuma tau kat selangor ni cuma kat shah alam je taktau ade uitm kat pj jadi aku ingat die mesti kat memane kolej yg ade usahasama ngan uitm.selidik punya selidik rupenya betul ade uitm kat jalan othman PJ
uitm kampus jalan othman

jadi selame die ade kat uitm jalan othman mmg aku tak dapat contact die langsung,frust gak tp nak buat camner kena terima la sbb bukan ade ape ngan aku cuma title kawan je.asal die ade cuti panjang atau pon ade study week baru die balik.die balik je mesti aku gak le jadi kawan sembang die.betukar-tukar teka teki.huahuahua....asik nak kenakan aku je memula,ade yang aku leh jawab dan ade yang tak dapat jawapan langsung.menguji minda betul mase tu.mase tu plak die dah tukar gamba,tak pakai dah gamba yang tadi.die pakai gamba yang ni le

aku tak nafikan mmg cute sungguh la gamba ni.hehehehehe......

baru la aku try mintak no tepon die setelah lame aku kenal die.ngan baik hati die bagi aku no tu.bagai nak gila aku bile dapat,fuhhh....punya la seronok tak terkata.stat la aku selalu luangkan mase mesej ngan die(lupe nak bagitau name die ni cicie atau kekawan panggil die cicak).tak kire la mase tu cicie ni kat kedah ke kat selangor ke kat memane pon,tetap bemesej je ngan aku.sampai la cicie ni balik dari cuti sem masuk ke sem baru kat uitm PJ.cian kat cicie@cicak ni,die ni pemalu yang amat sgt sampai kurang sgt2 la begaul ngan kawan terutama kawan lelaki seuitm ngan die,jadi ngan aku gak cicie ni selalu besembang.mase tu selalu gak cicie tepon aku lau ade ape2,luahkan masalah dan mintak pendapat le.aku ni sebagai kawan yang baik layan je la.

lastnya kitorg cadang nak jumpe(besua muka la konon).setelah bincang dapat la tempat dan hari nak jumpe tu.nak jumpe kat sunway pyramid dlm kul 12pm-1pm.menyirap gak time tu sbb tunggu punya tunggu tak muncul2.naik fedup aku tunggu,aku tepon tanye jadi ke tak nak jumpe sbb aku ade hal nak ambikkan anak sedaraku bubur lambuk utk buka pose.bulan pose time tuuu....akhirnya cicie ni muncul gak ngan 2 org mmber die.tak banyak yg dapat dibualkan sbb cicie ni segan sgt2 ngan aku.baru jumpe terus aku anta balik kolej alamanda kat pj.abis dah sampai situ
sunway pyramid tmpat 1st time jumpe.


tak lame kemudian.jeng...jeng...jeng...aku ajak cicie kuar lagi skali.aku cakap lau die kuar seorg aku belanje cicie buka pose tapi lau die bawak kawan2 die,kena bayar sendiri2 la.cicie setuju kuar bedua ngan aku sambil mintak nasihat kekawan patut ke die bawak gunting tau ape2 yg seswai utk petahankan diri.hahahahahaha.....apa la,ingat aku ni jahat sgt ke.huhuhuhuhuhu.....aku bawak dekat je,kat plaza alam sentral shah alam je.pas buka pose terus aku anta cicie balik ke kolej kediaman pj
plaza alam sentral shah alam

pas kuar sesame kat plaza alam central tu kitorg ni diamkan diri lame gak,sampai die abis sem pon kitorg tak contact sgt.tak tau le ngape.masing2 diamkan diri je.sampai la 1 ketika die nak masuk sem baru kitorg stat rapat balik.mase nibaru best.jalan2 je sampai ntah ke mane2.tak kisah la kat mane pon,janji kuar sesame.best best....best sgt.hehehehehehe......


citer yang best baru bermula stat taun lepas la.cicie ni lagi banyak tau jalan2 yg aku sendiri taktau.sampai kitorg ni dah cam adik bradik angkat yang sgt2 best.mase tu mmg ranggi betul(dari segi bahasakan diri le).gie makan kat bangsar village dan memacam lagi,aku mase kuar makan kat bangsar village tu teserempak ngan adik cicie ni jd kitorg makan sesame.makwe adik die yg blanje mlm tu,segan gak la sbb aku sorg je yg keje dalam empat org ni tp yg blaja yg blanje.hahahahahaha.......bile dah rase serasi aku rase nak terus jadikan cicie ni seseorg yg special dalam hidup aku.aku nak bebetul serius ngan die.aku cakap ngan cicie aku bebetul nak jadikan cicie suri dlm hidup aku.aku sanggup jumpe parent cicie nak bagitau yang aku betol2,bukan memain.



cicie yg dalam keseraman nak bagitau parent die pasal aku akhirnya memberanikan diri dlm keadaan pucat lesi bak besi berani.hahahahahaha.....parent cicie jumpe gak ngan aku mase nak anta cicie masuk sem baru kat uitm kampus puncak alam(aku carikan hotel menginap cicie sekuarga sblom gie daftar kat kolej uitm puncak alam).hubungan tu dapat restu dari parent cicie.setelah bebalas pantun ala kadar kononnye,parent cicie setuju aku hantar rombongan meminang dan majlis pertunangan kami akanberlangsung bulan 6 ni.syarat yang kuarga cicie bagi ialah kena tunggu cicie abis blaja baru leh kawin.
uitm puncak alam



2 tahun dah...hurreeyyyyy.....

hari ni 17 mei,genap 2 taun aku kenal ngan cicie.banyak gak yang kitorg lalui.ade gak masam muka,gumbira dan macam2 perasaan lagi dlm mase 2 taun ni.tu semua makin kuatkan perhubungan kami utk disatukan.same2 berusaha dan berdoa agar kekal hingga akhir hayat.


banyak lagi nak citer tp post yang lain kali plak yer...jangan risau sbb aku akan cuba update blog aku ni sekerap mungkin.follow je lau nak tau.dlm kisah ni pon aku ingat nnti nak edit balik sbb banyak citer yang leh aku selit-selitkan lagi.huhuhuhuhuhuhu.....



banyak aku gie jejalan ngan cicie ni,post lain aku citer plak yer.korang jangan pikir bukan2 sbb aku kuar bukan berdua.aku bawak mak aku skali.kekadang je aku kuar bedua.yelah....takkan tgok wayang citer 'ironman' nak bawak mak aku.agak2 la.hehehehehe....













sekian buat kali ni...see u next time bebehh....

Sunday, May 16, 2010

1st time

ni kali pertama aku post citer kat blog aku ni.camner ek nak mulakan pon aku tak tau.huahuahua.......stat pasal diri aku la dulu,banyak org panggil aku azam tau zam.aku ni mmg anak jati selangor la,lau tak caye tgok la kat profile aku tu kan ade tulis asal dari negeri merah kuning.aku dah stat keje skrg ni(sbnarnye dah lame dah aku keje.huihuihui.....keje ngan gov.

aku ni taktau la nak citer pasal diri aku camner.lau dulu2 org kate aku nampak belagak,lau dah kenal aku baru tau yg aku ni tak le sampai tahap camtu.biase2 je aku ni.kebanyakkan citer kisah hidup aku ni kat selangor tapi jangan ingat aku tak kuar dari selangor,negeri yg aku tak jejakkan kaki kat semenanjung ni cuma negeri kelantan je blom lagi.
tgok.....mane ade nampak belagak pon,kan nampak muke baik dan suci murni.

aku ni ade 6 adik bradik,5 dah kawin tinggal sorg je lagi.tu pon dah ura-ura nak kawin gak dah.insyaAllah taun depan lau takde ape yg melintang.biase la yg bongsu mmg kawin lambat sikit sbb jaga mak dulu sblom kawin.lau nak tau yg tak kawin lagi tu aku le.hehehehe.....

aku buat blog ni saje nak isi mase lapang pasal aku mmg leh katekan setiap mlm dan setiap hari aku ngadap je komputer...laptop....dan lelain la yg ade unsur2 internet.dari aku duk tak buat ape baik aku kongsi citer aku yg bnyak ni kat blog.leh gak mmber2 aku bace pengalaman yg best dan tak best aku lalui sepanjang idup aku ni.

aku buat mase ni masih tinggal kat area klang/shah alam.susah nak bagitau camner sbb tempat aku ni mmg sempadan shah alam ngan klang la.meh la datang umah aku lau tak caye.aku ulang alik dari umah aku ke tempat keje kat subang jaya.selame aku keje yg bestnya banyak kawan2 yang gempak2.banyak aktiviti kitorg buat sesame dan kitorg ade buat kelab lelaki sejati kat situ.kena buat pertubuhan sbb kat tempat aku tu mmg leh dikatakan lelaki dah pupus.tak penah mencecah 20 org lelaki kat tempat aku keje tu.

ni la yg ade,tu pon bukan semua ni.ade 1 ke 2 lagi mane ntah ilang

waktu ni kitorg nak buat persembahan dikir barat.hahahahaharuharuharu....


banyak la gambar ngan member2 aku ni,lain kali aku tunjuk .utk 1st time ni aku citer semua cikit2 je dulu.korang banyak2 besabo lau nak tau.follow je la blog aku yer.bebalik semula citer pasal diri aku ngan famili aku.skrg ni aku tinggal bedua je ngan mak aku yg tersayang.
ni gamba aku ngan mak time raye



ni mase bawak mak makan satey kajang kat kompleks PKNS shah alam

aku ngan mak je la skrg ni.arwah abah meninggal time aku nak masuk umo 21(taun 2004)ingat lagi arwah abah meninggal 8/8/2004.aku blom 21 sbb aku lahir bulan september.jadi skrg ni mmg aku duk umah take care mak le.tiap 3 bulan aku bawak mak aku ke hospital utk check up darah tinggi ngan kencing manis.alhamdulillah buat mase ni penyakit mak terkawal,nak ilang penyakit tu mmg tak dapat la.

adik bradik aku yang semua atas aku kebanyakkannya kat area selangor je kecuali abg aku yg ke-3,die duk kat perak sbb keje kat sane.aku ni mmg sayang sgt2 famili aku ni sampai aku sanggup buat ape je buat diorg wlw kekadang tu susahkan aku gak.takpe la,apepon famili first.aku ade 3 org abg dan 2 org kakak,aku yang bongsu.


ni gamba lame,gamba last raya ngan arwah abah.kakak yg atas aku pon tak kawin lagi time ni


aku buat blog ni mase kebanyakkan org tgh giler ngan laman sosial facebook,aku takde pon akaun fb tu jadi sbgai peganti aku buat la blog ni,yang banyak bagi aku tunjuk ajar dan membuat aku besemangat buat blog ni pasal sesorg yg special dlm hidup aku le.ni la tuan punya badan yg nak aku jadikan dia sebagai teman hidup aku...

ni la buah hati pengarang jantung dan segalanya buat aku.doakan kami kekal selamanya sampai akhir hayat k.terima kasih.....



aku rase dah la dulu buat rangkuman yg 1st ni.esok ke pulak aku sambung.cian la kat org2 yang bace tu,dari tadi tak abis2.arioosss.....geng peace no war.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...