Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 15, 2010

Kenapa Orang Melayu Makan Guna Tangan???


Bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu
perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.
Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula
menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka
amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat
diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini
diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di
Selangor pada masa itu dalam bukunya *“Chersonese – The Guilding Off” oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan,
Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh
tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin
itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan ?

Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

“Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga
sebab:”

*Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya
sendiri yang membasuhnya – bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.*

*Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya
seorang saja yang menggunakannya – tidak pernah dipinjam oleh orang lain,
sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.*

*Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh
dalam longkang !!*

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang
lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu.




Basuh tangan dulu sebelum makan.


Saturday, November 27, 2010

Perkara-perkara yang anda TIDAK harus katakan pada Teman Wanita anda!


1.Jangan tiba-tiba nak ckp I Love you,semasa tengah bergaduh...perempuan akan jadi lebih emosi dan rasa nak merajuk dengan lebih lagi....errr..betul kew?ntah la,aku pun tak pasti la..haha

2.Jangan asyik tak nak buat apa2 keputusan asyik asyik ckp "Its up to you!" ...Borink ok...tanya nak makan kat mana,up to you,nak tgk cita apa,up to you,nak lepak mana,up to you,..semua segala galanya up to you...nie dinamakan pemalas nak fikir....mcm tak kisah and tanak amik peduli,....sebenarnya sikap begini amat membosankan,.,,

Sepatutnya lelaki mesti tunjukkan minat dalam apa2 yang ingin dilakukan bersama kekasih..jangan asyik ckp up to you saja...sama-sama fikirkan,berikan idea dan pendapat..janganla bg idea tangkap muat saja...

perempuan amat menghargai pendapat kekasihnya dalam memilih sesuatu..


3.Bila bergaduh ke atau perempuan dalam keadaan tension,jangan tetiba nak suruh pompuan tue "Relax,you nie menggelabah sgt"..atau ckp "relaks la,hal kecik je"...seboleh bolehnyer dengar dulu perempuan tue meluahkan atau cerita ape2..and ckp im owes here for you syg...or kalau bergaduh cuba ckp " Im sorry,we'll try to fix this problem i promise.."kan manis gitu...kekeke

4.Bila dengan teman wanita asyik nak diam je...tanak cakap.takde benda nak stori,atau time bergaduh buat pekak dan bisu..memang tension dibuatnyer....huhuhu...


5. Jangan komplen penampilan wanita tue straight forward,atau kutuk atau tegur tanpa berlapik,wanita akan berasa moody,nak merajuk atau terasa hati...cuba tegur dengan cara yang berlapik,kalau x suka rambut dia ckp la,"syg nanti try buat fashion rambut nie,sesuai dengan u.."..jangan cakap, "apsal rambut you nie buruk/kusut/kusam/byk split end.?",,hehe...atau kalau tak suka pompuan tue nyer bau x wangi...gi la kedai ckp "sayang ,i suka bau nie,nanti u pakai ye"..tak payah la terus cakap "apsal bau you nie masam sgt"..haha...confirm dat gerl rasa down and xhepi....yang ganas sikit,confirm kene lempang la korang..

6.Jangan cakap,ala takda masalah,atau hal kecik je...contohnyer bila pompuan tue risau dengan pelajaran korang sebab korang asyik main game HON atau RO,so pompuan tue risau la ,then korang ckp,ala taula i ...padahal korang memang x stadi pun..
atau korang kuat merokok,pompuan tue nasihat ckp merokok tue bahaya la..si lelaki plak ckp ala i boleh berenti la nanti...

Padahal dah sah sah rokok tue menyebabkan org ketagih,nak berenti rokok bukannya mudah..jangan la asyik ckp,semua under control..cuba la tunjuk perubahan sikit..




7.Jangan nak memuji muji perempuan lain,atau terpesona dengan kecantikan perempuan lain..memang tak berhati perut lah laki yang buat mcm nie dengan teman wanita..korang memang lelaki yang tak peka dan sensitif dengan perasaan perempuan...Jangan buat kekasih anda terasa mcm tak disukai,tak menarik etc2.

8.Jangan nak komplen kata perempuan tue emosional time die tengah meluahkan atau cuba membincangkan sesuatu..kadang kadang cuba dengar dan fahami apa maunya kekasih hati tue..apa yang kurang,apa yang tak puas hati....lelaki patutnya mempunyai keinginan untuk membahagiakan kekasih bukan untuk meng"ignore je..mcm nie pompuan pun boleh lari...
Bila dia tengah emosional cuba la dengar dan cuba pujuk..jangan nak terus suruh dia berhenti emo...memang perempuan akan rasa give up ngan korang,sebab bad communication...

Slalu org membincangkan pasal isu komunikasi menyebabkan kurang sefahaman,,sebab nie la..sebab laki malas nak dengar luahan hati si perempuan...



9.Jangan nak compare atau kutuk teman wanita korang,pastu ckp mcm tue "perangai awak dengan mak awak sama jer.." huh..memang memanaskan telinga sungguh...atau compare dengan girlfren org lain ckp "kenapa girlfren si A lembut je,awak nie mcm kasar je" (contoh)
memang sux la laki yang compare mcm tu.tengok perangai korang dulu la sebelum nak compare ur gf ngan org lain kan...

10.Jangan kutuk pompuan tue buncit...korang memang mencarik nahas....

Saturday, October 9, 2010

Fakta mengenai tubuh badan manusia


*Berikut adalah fakta-fakta mengenai tubuh badan manusia berdasarkan penyelidikan sains. Fakta-fakta ini mungkin masih tidak diketahui oleh ramai orang: *

1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000 Kilometer .

2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7 . Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung. (sebab tuh kena sebut alhamdulillah, syukur sebab tak jalan terus.... bukan sebut pardon me or excuse me..)

12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16 . Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.


Saturday, September 18, 2010

hari raya......2010

ahli keluarga yang ada time raya

taun ni kat umah aku sunyi cikit sbb ramai yang takde,aku je la yg masih tetap ada kat sini taun ni.taun depan pon tak tau lagi aku raya kat sini atau tak.huhuhuhuhu....
mak aku yg tersayang tak brape sihat taun ni,dari 28 ramadhan mak dah tak sihat dengan deman + batuk.leh kata sampai hari aku tulis post ni pon mak tak brape sihat sbb tu gak le raya sunyi cikit.aku cam biase la masa malam raye mesti kuar ikot bara'an(betakbir raya dari umah ke umah).taun ni program ni pon kejab je abis dalam kul 2.30pagi,biase dlm kul 3 lelebih baru siap.apepon alhamdulillah masih ade aktiviti bara'an kat tempat aku.ade gak suasana raya tu cam taun-taun lepas.sampai kat umah aku pas betakbir raya ada doa ringkas dan ucapan dari wakil rombongan,aku sebagai ketua umah dan wakil umah balas ucapan tu gak memohon maaf wakil keluarga dan seisi umah aku.insyaAllah taun depan bara'an cam biase cuma wakil dari umah aku tak pasti lagi sape.

taun ni gak aku bagi duit raya kat anak-anak sedare aku kureng cikit dari taun2 lepas,kire ok gak la aku bagi.bukan ape cuma aku bajet cikit utk urusan lain temasuk moto ngan kater semua aku service dekat2 raya aritu.diorang dapat dari aku pon dah cukup suka.aku dah sediakan duit raya utk semua anak sedara aku cuma tak dapat bagi kat 4 org sbb diorang tak balik beraya kat sini.aku pon tak pegi tgok diorang kat perak jadi aku simpan je la.taun ni pon tak brape bejalan sgt sbb abg sulung aku bz mak mertuadie masuk hospital,kuarga abg yang kedua dah bukak bisness awal,ketiga yang kat perak tak balik tu.kuarga kakak aku yg pertama(anak ke-4 dlm keluarga) ada la......kakak aku yg kedua(anak ke-5 dlm keluarga) balik umah mertua kat kedah.jadi mmg sambut cam biase2 je taun ni.

kuih2 raya yang kat umah pon kebanyakkan aku beli je kat pasaraya temasuk la air berkabornat kat umah tu,senang camtu lau ade org datang pon takla mak aku kelam kabut nak bancuh air.aku pon raya ke-4 dah stat keje.datang keje pon aku banyak buang masa ngan aktiviti bejalan2 dan golek2 je.huahuahua....dah kebanyakkan semua masih beraya jadi mmg aku takde keje la.lau aku nak cuti pon time org dah stat keje baru aku mohon cuti.

aku ngan bonda tercinta


raya ni aku banyak duk teman mak kat umah sbb mak taknak bejalan sgt sbb mmg ramai sedare-mara + sepupu aku akan datang ke umah melawat mak.aku pon duk join mak kat umah sesambil tgok tv yang ntah apo2 rancangan yang ade.mgkin sbb aku tak suke tgok tv kot,tu pasal aku cakap citer tak best.aku gie jejalan pon ari khamis masa cuti 'hari Malaysia'.kawan aku datang jemput aku dan kitorg terus gie beraya umah member tu pon tak banyak umah....2 umah mmber je aku pegi.huahuahua.....mane leh lelame sbb mak aku tinggal sesorg kat umah time aku kuar beraya tu.

apepon aku seronok gak la raya taun ni wlw tak seberapa meriah sbb raya tetap raya dan kite kena ade semangat dan jiwa menyambut 1 syawal.yang penting kite kena menjiwai dan meneruskan hari raya aidilfitri sehingga la akhir nyawa ini.

"SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA UMAT ISLAM"
"MAAF ZAHIR BATIN PADA SEMUA UMAT ISLAM GAK"

dengan gaya bond

Friday, September 17, 2010

pelik tapi benar ke?


-Secara puratanya, kita berkelip sebanyak tujuh kali seminit bila kita mengadap komputer ni..tak percaya? cuba test tengok..hehe

-Tahukah kita yang lalat tu secara puratanya hanya hidup selama sebulan? Bayangkan kalau kita hanya ada sebulan..camne?

-Pukul ratanya, kita berjalan sejauh 160 billion milimeter sepanjang hayat kita..berapa kilometer tuh?cepat amik kalkulator..

-Berapa berat kepala kita? Purata beratnya ialah 3.6 kg..isk..isk..berat juga, ada apa dalam kepala kita nie?

-100 billion sel saraf. Ini jumlahlah dalam kepala otak kita..ooo..patutla berat jer kepala kita.hehe

-Agak-agaklah kan, berapa helai rambut kat kepala kita ni? Berapa? sikit sangat tuh..puratanya ialah 100,000 helai..ermm..itu baru di kepala..

-Purata umur penduduk di Sierra Leone, Afrika ialah 41 tahun..

-Mata kita sentiasa berkelip, tapi berapa kali sehari? 14,400 kali sehari jumlahnya..Subhanallah..

-Kalau kita suka manis, mungkin kita memakan 60 kilogram gula setahun..patutlah gula habis kat kedai..hihi

-Berapa banyak kita minum sepanjang hayat kita? Jumlahnya, 800 gelen air..banyaknya kita minum..

-Kita akan mengantuk selama tujuh minit sebelum tidur..tak percaya, cuba cuba bila mengantuk, tapi mungkin kita tak sedar, sebab kita dah tidur dulu..hehehe

-Kita suka sangat bila dapat patah-patahkan jari-jemari..lega rasa, tapi kalau dihitung, secara puratanya dahpun mematah-matahkan jari kira-kira 24 juta kali..ni termasuk jari kaki yang busuk tau..

-Hujan yang turun adalah berkelajuan 35 kilometer sejam..laju juga tu..

-Terdapat sebuah tempat yang menakutkan di Gurun Durango, Mexico yang dipanggil Zon Sunyi. Apabila berada di sana, anda tidak akan dapat menerima isyarat televisyen mahupun radio dengan dengan jelas. Selain itu, penduduk di kawasan tersebut mendakwa sering melihat bebola api misteri yang tiba-tiba muncul di angkasa.

-Terdapat sejenis tiram di Kepulauan Carribean yang boleh memanjat pokok.

-Artis-artis terkenal Jimmy Hendrix, Janis Joplin dan Jim Morrison meninggal dunia semasa mereka baru berusia 27 tahun.

-Bekas Presiden Amerika , Jimmy Carter adalah seorang pembaca yang pantas. Beliau berupaya membaca 2,000 patah perkataan seminit.

-Semasa era Victoria, terdapat ketakutan yang melampau jika manusia dikebumikan sebelum ia 'benar-benar sudah mati'. Jadi, apabila seseorang dianggap sudah meninggal dunia, satu lubang kecil akan digali dari keranda ke permukaan tanah. Kemudian seutas tali akan diikat pada tangan mayat yang disambung kepada sebiji lonceng kecil tapi kuat bunyinya. Ini dilakukan supaya apabila seseorang yang dikebumikan itu masih hidup, mereka boleh membunyikan lonceng tersebut dan orang yang ditugaskan menjaga kubur tersebut (24jam setiap hari!) akan menggali pusara berkenaan dan membawa mereka keluar.

-Paku besi tidak boleh digunakan pada kayu oak kerana asid di dalam kayu itu boleh mengaratkannya dengan cepat.

-Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal.

-Pada zaman Mesir kuno, masyarakat negara itu membayar cukainya dengan menggunakan madu. Sementara itu, buah aprikot pada masa itu dipanggil 'telur matahari'.

-Satu kebakaran besar telah berlaku di London pada tahun 1666 menyebabkan separuh daripada kota raya itu musnah. Namun peliknya, hanya enam orang saja yang cedera dalam malapetaka tersebut.

-Pada zaman Pertengahan dahulu, mahkamah tertinggi di Perancis telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seekor lembu kerana didapati bersalah mencederakan seorang manusia.

-Di Tokyo, terdapat kedai yang menjual rambut palsu untuk anjing.

-Di Turki, warna yang melambangkan kesedihan ialah ungu. Pemilihan warna ini memang aneh kerana di kebanyakan tempat di dunia, warna berkabung ialah putih dan hitam.

-Di Bangladesh, kanak-kanak seawal usia 15 tahun boleh dipenjarakan jika meniru di dalam peperiksaan akhir.

-Pada zaman India dan China kuno dahulu, penduduk di bebrapa bahagian negara itu menganggap daging tikus sebagai hidangan yang amat lazat!

-'Y' adalah nama tempat yang paling pendek di dunia. Ia terletak di Perancis dan penduduknya menggelarkan diri mereka Ypsilonien.

-Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing.

-Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke arah sebelah barat.

-Selepas makan, lalat akan memuntahkan kembali makanannya dan kemudian memakannya balik.

-Angsa-angsa di England adalah harta Permaisuri.

Tuesday, September 7, 2010

"SELAMAT HARI RAYA 1431H" & "MAAF ZAHIR DAN BATIN"


Setelah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dengan pelbagai ujian dan dugaan, umat Islam menyambut Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemenangan dan kejayaan.

Umat Islam merayakan Aidilfitri pada setiap 1 Syawal sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan. Mereka bersyukur kepada Allah atas kejayaan mereka dalam ibadah puasa sepanjang Ramadhan, kerana ibadah puasa itu merupakan suatu ibadah yang bukan mudah untuk dikerjakan oleh semua orang, melainkan kepada orang yang benar-benar beriman dan bertakwa.

Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “...supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya...” (Surah Al-Hajj, ayat 37)

Disunatkan banyak berdoa selepas bertakbir. Doa-doa di malam Aidilfitri dan di pagi Syawal ini sangat diperkenankan oleh Allah kerana kita baru sahaja selesai berpuasa sebulan penuh dan menunaikan zakat fitrah. Setelah menjalani Ramadan, hati kita insyaAllah adalah hati-hati yang beriman, mulut kita mulut yang bersih, minda dan jiwa kita juga bersih dan tenang.Pada malam Hari Raya juga kita disaran melakukan qiamulail, membangunkan malam dengan ibadat seperti solat tahajjud, solat tasbih, solah taubat dan solat witir.

Dalam kita menyambut 1 Syawal, umat Islam sepatutnya mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam sambutan Aidilfitri. Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.


Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga, umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.


Menziarahi kubur

Lazimnya pada pagi Hari Raya iaitu sebelum atau sesudah solat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan berpusu-pusu memenuhi tanah-tanah perkuburan untuk menziarah kubur ahli keluarga mereka. Sesetengah tanah perkuburan telah berubah menjadi seperti kawasan perayaan yang meriah. Terdapat gerai-gerai yang menjual bunga-bunga dan air wangian untuk ditabur dan dijirus di atas kuburan.

Ramai juga di antara kita yang melakukan ibadat-ibadat tertentu di kawasan perkuburan tersebut seperti membaca surah Yasin, berzikir malah ada yang melakukan upacara tahlil di situ untuk di sedekahkan pahalanya kepada mayat. Ada juga segelintir kecil umat Islam yang sehinggakan membawa makanan serta minuman di kawasan perkuburan dan membuat jamuan di kawasan perkuburan.


Tiada tuntutan sunnah menziarahi kubur pada awal Syawal tetapi akan menginsafkan kita tentang kematian, mengingatkan kita supaya membuat persiapan menjelang kematian. Bagaimanapun, kita melakukannya sebagai adat tradisi dan sebagai ingatan kasih-sayang kepada orang-orang yang telah pergi. Sekiranya menziarahi kubur, hendaklah menjaga adab ziarah kubur, antaranya menyampaikan salam kepada ahli kubur, berpakaian menutup aurat dan berdoa untuk ahli kubur.

Ini semua merupakan perbuatan yang tidak pernah diajar oleh Rasulullah SAW dan tidak juga pernah diamalkan oleh mana-mana para al-salafussoleh termasuk imam kita Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'i rahimahullah. "Sekiranya perkara tersebut adalah baik lagi mendatangkan manfaat yang besar kepada umat Islam, nescaya mereka akan mendahului kita dalam mengamalkannya."

Syaikh Wahid Abdussalam Bali ketika mengingkari pengkhususan Hari Raya Adilfitri dijadikan hari menziarah kawasan perkuburan telah berkata:

"Pertama, bukan merupakan petunjuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau salah seorang sahabatnya mengkhususkan Hari Raya untuk berziarah kubur. Kedua, Hari Raya adalah hari kegembiraan dan kesenangan, bukan hari kesedihan dan tangisan. Ketiga, Hari Raya adalah hari saling berkunjung orang-orang yang masih hidup, dan bukan untuk mengunjungi orang-orang yang sudah mati. - (Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 429)

Sebenarnya Rasulullah SAW telah mengharamkan untuk dilakukan ibadah di kawasan perkuburan dan menjadikannya sebagai kawasan perayaan. Ini sebagaimana sabdanya:

"Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah." - (Hadis riwayat Imam Muslim, no: 780)


camner pula dengar duit raya?kite anggap je la sedekah.

Sama ada secara berjenaka atau serius, sesetengah orang menganggap Hari Raya adalah sambutan sebulan Syawal, kononnya kerana Ramadan disambut sebulan. Pada definisinya, Hari Raya Aidilfitri adalah sambutan sehari iaitu pada hari pertama dalam bulan Syawal, sebagai tanda berakhir Ramadan.


Hadis diriwayatkan Anas (ra) bermaksud:
“Setelah Rasulullah (saw) tiba di Madinah, Baginda melihat penduduk-penduduk bandar itu merayakan dua hari dengan bertemasya. Baginda bertanya, sambutan apakah itu? Penduduk-penduduk tempatan menjawab bahawa mereka telah menyambut dua hari kebesaran itu sejak zaman Jahiliah lagi. Lantas Rasulullah bersabda: Allah telah memberikan kepada anda dua hari istimewa untuk menggantikan dua hari itu. Hari-hari itu adalah Aidiladha dan Aidilfitri.”

Berpandukan kepada hadis di atas, jelaslah bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disyorkan hanyalah sehari. Sebagaimana yang diketahui juga, kita disunatkan puasa enam hari di bulan Syawal, tetapi diharamkan berpuasa pada 1 Syawal – membuktikan hanya pada 1 Syawal kita disuruh meraikan akhir Ramadan.

Kesimpulannya, sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.





apepon aku sebagai tuan punya blog ni ucapkan pada semua umat islam terutama pembaca blog aku ni "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" & "MAAF ZAHIR + BATIN"

TERISTIMEWA BUAT BONDA YANG TERSAYANG dan TUNANG ku.
Assalamualaikum dan terima kasih :-)

Friday, September 3, 2010

For the Rest of My Life

dariku, Norazam bin Haron
untukmu, Yasirah binti Mohd Razif























I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO....

And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO....

And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart


Thursday, August 12, 2010

Kelebihan Solat Tarawih... 30 Hari

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Sunday, July 18, 2010

edisi gambo....


saje nak bagi org pening tgok gamba betindih.hahahahaha.......











Thursday, July 15, 2010

sambungan yang semalam....huhuhuhu

aku citer terus sambungan yang semalam pasal 11 july......pepagi lagi aku dan bangun sbb mmg aku dah janji ngan mak ngan kakak aku nak pegi sekali dengar kuliah haji.insyaAllah mak ngan kak tam dapat pegi haji taun ni,jadi calon standby tp cam mmg dapat je.apepon tu kan semua kuasa dariNya.lau dapat alhamdulillah.dalam kul 8 lelebih dah kuar dari umah menuju ke kompleks tabung haji kelana jaya.aku ikot ni sbb nak tunjuk jalan je sbnrya tapi bile dah sampai tu ambik la pluang dengar skali kuliah haji.dapat gak tambah ilmu aku wlw aku blom nak pegi dalam mase terdekat ni.

sampai kat tabung haji tu mmg dah ramai gak bakal2 haji yg datang dan kebanyakkan org2 yang dah beumur,aku lepak je la kat bahagiah kaki lima dewan masjid tabung haji tu.makin lame makin ramai yg datang dan salah seorg pakcik menegur aku.pakcik tu pon bagitau yg die cuma bawak isteri die pegi sbb die dah pegi 14 tahun yg lepas.banyak la pakcik ni bercerita pasal haji kat aku dan tanye aku soalan macam pasal haji,nasib baik le aku mmg ade ilmu cikit pasal haji.antara soalan pakcik tu tanye..'tawaf memula skali kite buat tawaf ape?'aku ni plak mane tau name tawaf tu ape cuma yg aku tau tawaf selamat datang.pakcik tu kate betul la tu cuma namenya ialah 'tawaf qudum'.tanye tahalul ade brape....aku bagitau le dua.dan beberape lagi soalan pakcik tanya kat aku.tu semua tak yah le aku citer detail sgt,nnti pembace bosan plak cuma yg bestnya pakcik tu kate umo aku 24-25 je.huhuhuhuhu.....best je aku rase

kompleks tabung haji kelana jaya


dalam kul 11.15am kuliah haji tu abis,aku ingat pas kuliah tu terus nak ambik shira dari umah pak chak(loghat kedah) die.aku tepon shira kate ade hal cikit kat umah pak chak dan nak makan tghari dulu kat situ.aku pon bagitau aku balik dulu lau camtu sbb mak ngan kak tam nak pegi kenduri kat area umah aku.sampai je kat umah mak ngan kak tam terus gie kenduri dan aku lak panaskan enjin kater shira dan tunggu panggilan shira.tunggu punya tunggu akhirnya aku dapat mesej dari shira dah leh kuar gie ambik die.aku pon dari umah terus le menuju ke arah kinrara.sampai2 je kat umah pakchak,shira tanye aku nak naik dulu ke?aku kate leh gak lagipon mmg ayah shira kate ape2 bincang ngan pak chak je.penat gak le sbb umah pak chak pling atas skali(tingkat 5).aku dijamu ngan air sirap yg best cuma manis cikit.kire ok la tu dapat gak basahkan tekak yg kering abis sbb mendaki tingkat 5...kuikuikuikui....

dalam kul 2 baru aku kuar dari umah pakchak taktau nak tuju mane memula sbb banyak tempat sesak aritu berikutan sambutan perlawanan world cup antara spain vs belanda.pikir2 punya pikir dapat le tempat nak tuju....jusco bukit tinggi.ingat nak tgok wayang tapi cam tak best la plak aritu jadi aku ngan shira ni cari tempat duduk yg dekat ngan soket utk cucuk plug laptop.mase tgh tgok gamba dan video majlis tunang,aku dapat panggilan tepon dari kak tam,bagitau rumah mak kakak ipar ade buat majlis makan2 dari ptg ke mlm.aku terus je la bagitau yg takleh pegi sbb aku ade ngan shira,takkan nak bawak shira skali kay majlis tu jadi aku cakap je la takleh datang.dah siap solat semua kat jusco tu baru kitorg begerak keluar dari jusco menuju puncak alam.sampai kat simpang meru tu aku ambik susur ke kiri menuju ke pusat bandar klang yg kebanyakkannye hanya warga indon2 belaka.aku rase rimas sgt kat tempat tu sbb byk sgt pendatang asing jadi aku ajak shira balik terus ke puncak alam.

jusco bukit tinggi klang
(tempat aku pegi tgok wayang sesorg sbb dekat je ngan umah)

ni plak shaw centrepoint klang tempat bekerumun indon2
.....adusshhh...

dalam pejalanan balik ku umah sewa shira dipuncak alam aku singgak kejab blanje makan lagipon keesokkan harinya shira puase.dah sampai umah die terus aku ambik moto yamaha ego dan menuju ke umah mak kakak ipar aku yg buat majlis besday area sungai pinang klang,memula mmg ingat takmau pegi tp dah alang2 aku balik ke umah pon lalu situ jadi aku singgah je.sampai2 kat situ majlis cam dah habis sbb dah takde org.aku masuk pon makan cikit dan borak je lebey.dalam kul 10 mlm aku mintak diri dan balik terus.sampai le kat umah .tamat
(p/s : mesti bosan citer aku kali ni kan,aku tak sempat olah bebetul sbb hari khamis mlm jumaat mmg aku bz tergesa-gesa nak pegi surau.malam ni plak tak sempat nak ngadap blog aku ni.jadi mintak maaf le bebanyak lau tak best.huhuhuhuhu)

Wednesday, July 14, 2010

huhuhu.....

lame aku tak tulis ape kat blog ni...banyak nak citer tp takde mood la,perasaan keliru dan celaru.cam berat je kekadang padahal tak la berat sgt,biase2 je.hari ni dah sebulan aku bertunang.syukur alhamdulillah,aku mengira hari la..tu yg taw.hehehehe...org kate time betunang ni banyak dugaan dan cabaran.aku pon rase cikit2 camtu gak kot,tak pepasal kekadang aku rase risau dan makin kuat perasaan cemburu.sbb aku syg sgt kat shira buat aku berperasaan camtu.

skrg ni shira kena duk umah sewa kat puncak alam.kolej kediaman uitm dah penuh ngan bebudak baru,leh dikatakan kebanyakkan student lama tak dapat kolej.banyak gak masalah nak cari umah sewa tu,paling utama sbbnya shira ngan kawan2 cuti balik kampung masing2 dan semuanya asal dari negeri yg luar dari selangor cam kelantan,perak,johor kedah dan lelain lagi le.setelah mencuba sedaya upaya akhirnya baru dapat umah sewa kat area fasa 2 puncak alam.sewa leh tahan mahal tapi kemudahan tak brape bagus la.tutup longkang yg depan umah pon takde mase memula masuk,time aku datang aritu pon tak pasang lagi.tuan umah tu kate tgh tempah penutup longkang tu.tak tau la betul ke tak,lau die tipu,aku pon tipu gak la dlm blog ni.ni bukan umah sewa yg shira duduk tp lebih kurang le.....huhuhuhu....


minggu lepas 10 july aku ambik yasirah dari umah sewa die kat puncak alam dan anta kat umah pakchak(loghat kedah) dia,leh katekan semua kawan2 umah sewa shira takde kat umah jadi die risau le nak tinggal kat situ.aku yg datang dari umah naik yamaha ego gie ambik shira.letak moto aku kat dalam umah sewa shira dan bawak kater shira.mase memula nak kuar dari umah,shira marah kat aku sbb die kate aku nak lenyek die ngan kater sbb aku tesalah tekan minyak masa nak undurkan kater die.bukan aku sengaja pon,aku tak biase bawak kater shira ni jadi salah le tekan.cadang nak tekan brek tp tetekan minyak.huahuahua.....shira marah kat aku kejab je sbb aku diam terus,die yg mintak maaf kat aku sbb marah pasal tu...aku pon mintak maaf gak kat shira sbb tak hati2 mase nak bawak kater shira.

aku tak pegi anta terus shira gie umah pakchak sbb dah janji ngan shira ngan pegi kedai eksesori kater,aku pegi beli dan upahkan org kedai aksesori tu pasang door visor ngan cover radio....nak pasang radio memula cam tak jadi sbb mahal sgt.aku ngan shira pastu terus gie kedai lain utk pasang radio...ade la yg kitorg bekenan kat player tu sbb semua ada temasuk card reader ngan usb port.lagipon player tu DVD.

bukan le camni....aku tunjuk contoh je...





memula nak pasang,kedai tu nak caj lebih sbb kena buat wiring baru tapi aku kate balik,tak yah caj lebih le sbb pakai wayar sndiri yg adik shira tinggal dlm kater.kedai tu pon setuju je buat.memula die tgok terus bagitau yg speaker dalam kater tu sbnarnye woofer.....aku cakap tak kire la speaker atau woofer janji ade bunyi dan seswai ngan player jadi le.kedai tu pon pasang je la sampai siap.banyak gak shira kuar duit dan aku top up sekadar yg aku mampu je la.abis pasang tu pegi mydin sri muda beli meja jepon dan terus ke shah alam utk makan kat seksyen 9.

siap makan pegi plaza alam sentral utk upgrade printer shira,konon nak pasang external ink camni
tapi tokey kedai tu kate takleh sbb cips cartridge rosak,lau nak buat gak kena kena tukar ink cartridge dulu.kira punya kire tak jadi la buat sbb bajet mmg banyak lari ngan kater dan broadband celcom lagi.aku cakap kat tempat beli broadband tu nak gak blue bear,tak kire aku nak gak
dapat broadband edisi world cup ngan blue bear pakai jersi jerman.........


pas tu singgah jab kat jusco nak beli baju shira,siap je beli barang2 keperluan shira baru le bebetul aku anta shira kat umah pakchak die kat area kinrara.banyak gak tempat singgah sblom nak sampai kan.hehehehe....dah le nak pegi area kinrara tu jalan mmg jem trok giler....tu baru kisah hari sabtu....ahad pon ade gak citer mase nak ambik shira dari kinrara pegi puncak alam.esok la plak aku sambung sbb skrg ni aku ade hal nak buat.jumpe esok yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...