
Umat Islam merayakan Aidilfitri pada setiap 1 Syawal sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan. Mereka bersyukur kepada Allah atas kejayaan mereka dalam ibadah puasa sepanjang Ramadhan, kerana ibadah puasa itu merupakan suatu ibadah yang bukan mudah untuk dikerjakan oleh semua orang, melainkan kepada orang yang benar-benar beriman dan bertakwa.
Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga, umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.
Menziarahi kubur
Lazimnya pada pagi Hari Raya iaitu sebelum atau sesudah solat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan berpusu-pusu memenuhi tanah-tanah perkuburan untuk menziarah kubur ahli keluarga mereka. Sesetengah tanah perkuburan telah berubah menjadi seperti kawasan perayaan yang meriah. Terdapat gerai-gerai yang menjual bunga-bunga dan air wangian untuk ditabur dan dijirus di atas kuburan.
Ramai juga di antara kita yang melakukan ibadat-ibadat tertentu di kawasan perkuburan tersebut seperti membaca surah Yasin, berzikir malah ada yang melakukan upacara tahlil di situ untuk di sedekahkan pahalanya kepada mayat. Ada juga segelintir kecil umat Islam yang sehinggakan membawa makanan serta minuman di kawasan perkuburan dan membuat jamuan di kawasan perkuburan.
Tiada tuntutan sunnah menziarahi kubur pada awal Syawal tetapi akan menginsafkan kita tentang kematian, mengingatkan kita supaya membuat persiapan menjelang kematian. Bagaimanapun, kita melakukannya sebagai adat tradisi dan sebagai ingatan kasih-sayang kepada orang-orang yang telah pergi. Sekiranya menziarahi kubur, hendaklah menjaga adab ziarah kubur, antaranya menyampaikan salam kepada ahli kubur, berpakaian menutup aurat dan berdoa untuk ahli kubur.
Ini semua merupakan perbuatan yang tidak pernah diajar oleh Rasulullah SAW dan tidak juga pernah diamalkan oleh mana-mana para al-salafussoleh termasuk imam kita Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'i rahimahullah. "Sekiranya perkara tersebut adalah baik lagi mendatangkan manfaat yang besar kepada umat Islam, nescaya mereka akan mendahului kita dalam mengamalkannya."
Syaikh Wahid Abdussalam Bali ketika mengingkari pengkhususan Hari Raya Adilfitri dijadikan hari menziarah kawasan perkuburan telah berkata:
"Pertama, bukan merupakan petunjuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau salah seorang sahabatnya mengkhususkan Hari Raya untuk berziarah kubur. Kedua, Hari Raya adalah hari kegembiraan dan kesenangan, bukan hari kesedihan dan tangisan. Ketiga, Hari Raya adalah hari saling berkunjung orang-orang yang masih hidup, dan bukan untuk mengunjungi orang-orang yang sudah mati. - (Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 429)
Sebenarnya Rasulullah SAW telah mengharamkan untuk dilakukan ibadah di kawasan perkuburan dan menjadikannya sebagai kawasan perayaan. Ini sebagaimana sabdanya:
"Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah." - (Hadis riwayat Imam Muslim, no: 780)
Hadis diriwayatkan Anas (ra) bermaksud:
“Setelah Rasulullah (saw) tiba di Madinah, Baginda melihat penduduk-penduduk bandar itu merayakan dua hari dengan bertemasya. Baginda bertanya, sambutan apakah itu? Penduduk-penduduk tempatan menjawab bahawa mereka telah menyambut dua hari kebesaran itu sejak zaman Jahiliah lagi. Lantas Rasulullah bersabda: Allah telah memberikan kepada anda dua hari istimewa untuk menggantikan dua hari itu. Hari-hari itu adalah Aidiladha dan Aidilfitri.”
Berpandukan kepada hadis di atas, jelaslah bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disyorkan hanyalah sehari. Sebagaimana yang diketahui juga, kita disunatkan puasa enam hari di bulan Syawal, tetapi diharamkan berpuasa pada 1 Syawal – membuktikan hanya pada 1 Syawal kita disuruh meraikan akhir Ramadan.
Kesimpulannya, sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.

apepon aku sebagai tuan punya blog ni ucapkan pada semua umat islam terutama pembaca blog aku ni "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" & "MAAF ZAHIR + BATIN"
TERISTIMEWA BUAT BONDA YANG TERSAYANG dan TUNANG ku.
No comments:
Post a Comment