Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tanda si DIA poket kering...

TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang
periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin
menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar
mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.
Persoalannya, "Adakah si dia sudah poket kering, tetapi malu untuk
memberitahu" atau "apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak
mahu berterus-terang?"
Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh
soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu
tentang masalah berkaitan wang ringgit.
Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan
menambahkan lagi kekusutan difikirannya.
Intim minggu ini berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah
melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia
memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:
**
*Menghabiskan masa di rumah*
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa
bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.
"Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk
tidur dan bersantai di rumah." Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan
ingin bebas daripada beban kewangan.
**
*Menonton DVD sebagai hobi*
Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan
daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang.
*Alasannya:* "Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati
makanan ringan, ringkas dan praktis."
**
*Makan di gerai murah*
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di
restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil
keputusan membawa kamu ke gerai murah.
**
*Pulang awal*
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah.
Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
*Alasannya:* "Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar
bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja."
**
*Tiada hadiah ulang tahun*
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang
tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia
hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.
*Alasannya:* "Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu,
sabar ya…"
**
*Hindari ajakan ke pusat beli-belah*
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah.
Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.
*Alasannya:* "Lain kali sahajalah kita pergi."
**
*Destinasi legenda jadi pilihan*
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat
peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
*Alasannya:* "Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita
berdua."
**
*Hanya menemani*
"Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?"
Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata
'menemani', ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.
**
*SMS sahaja*
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali
ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau
SMS.
*Alasannya:* "Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi."
**
*Kereta rosak*
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian
meragam. "Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada
enjin, takutnya… kenapa nih."
Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu
tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu
melalui perubahan tingkah lakunya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...