Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, September 18, 2010

hari raya......2010

ahli keluarga yang ada time raya

taun ni kat umah aku sunyi cikit sbb ramai yang takde,aku je la yg masih tetap ada kat sini taun ni.taun depan pon tak tau lagi aku raya kat sini atau tak.huhuhuhuhu....
mak aku yg tersayang tak brape sihat taun ni,dari 28 ramadhan mak dah tak sihat dengan deman + batuk.leh kata sampai hari aku tulis post ni pon mak tak brape sihat sbb tu gak le raya sunyi cikit.aku cam biase la masa malam raye mesti kuar ikot bara'an(betakbir raya dari umah ke umah).taun ni program ni pon kejab je abis dalam kul 2.30pagi,biase dlm kul 3 lelebih baru siap.apepon alhamdulillah masih ade aktiviti bara'an kat tempat aku.ade gak suasana raya tu cam taun-taun lepas.sampai kat umah aku pas betakbir raya ada doa ringkas dan ucapan dari wakil rombongan,aku sebagai ketua umah dan wakil umah balas ucapan tu gak memohon maaf wakil keluarga dan seisi umah aku.insyaAllah taun depan bara'an cam biase cuma wakil dari umah aku tak pasti lagi sape.

taun ni gak aku bagi duit raya kat anak-anak sedare aku kureng cikit dari taun2 lepas,kire ok gak la aku bagi.bukan ape cuma aku bajet cikit utk urusan lain temasuk moto ngan kater semua aku service dekat2 raya aritu.diorang dapat dari aku pon dah cukup suka.aku dah sediakan duit raya utk semua anak sedara aku cuma tak dapat bagi kat 4 org sbb diorang tak balik beraya kat sini.aku pon tak pegi tgok diorang kat perak jadi aku simpan je la.taun ni pon tak brape bejalan sgt sbb abg sulung aku bz mak mertuadie masuk hospital,kuarga abg yang kedua dah bukak bisness awal,ketiga yang kat perak tak balik tu.kuarga kakak aku yg pertama(anak ke-4 dlm keluarga) ada la......kakak aku yg kedua(anak ke-5 dlm keluarga) balik umah mertua kat kedah.jadi mmg sambut cam biase2 je taun ni.

kuih2 raya yang kat umah pon kebanyakkan aku beli je kat pasaraya temasuk la air berkabornat kat umah tu,senang camtu lau ade org datang pon takla mak aku kelam kabut nak bancuh air.aku pon raya ke-4 dah stat keje.datang keje pon aku banyak buang masa ngan aktiviti bejalan2 dan golek2 je.huahuahua....dah kebanyakkan semua masih beraya jadi mmg aku takde keje la.lau aku nak cuti pon time org dah stat keje baru aku mohon cuti.

aku ngan bonda tercinta


raya ni aku banyak duk teman mak kat umah sbb mak taknak bejalan sgt sbb mmg ramai sedare-mara + sepupu aku akan datang ke umah melawat mak.aku pon duk join mak kat umah sesambil tgok tv yang ntah apo2 rancangan yang ade.mgkin sbb aku tak suke tgok tv kot,tu pasal aku cakap citer tak best.aku gie jejalan pon ari khamis masa cuti 'hari Malaysia'.kawan aku datang jemput aku dan kitorg terus gie beraya umah member tu pon tak banyak umah....2 umah mmber je aku pegi.huahuahua.....mane leh lelame sbb mak aku tinggal sesorg kat umah time aku kuar beraya tu.

apepon aku seronok gak la raya taun ni wlw tak seberapa meriah sbb raya tetap raya dan kite kena ade semangat dan jiwa menyambut 1 syawal.yang penting kite kena menjiwai dan meneruskan hari raya aidilfitri sehingga la akhir nyawa ini.

"SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA UMAT ISLAM"
"MAAF ZAHIR BATIN PADA SEMUA UMAT ISLAM GAK"

dengan gaya bond

Friday, September 17, 2010

pelik tapi benar ke?


-Secara puratanya, kita berkelip sebanyak tujuh kali seminit bila kita mengadap komputer ni..tak percaya? cuba test tengok..hehe

-Tahukah kita yang lalat tu secara puratanya hanya hidup selama sebulan? Bayangkan kalau kita hanya ada sebulan..camne?

-Pukul ratanya, kita berjalan sejauh 160 billion milimeter sepanjang hayat kita..berapa kilometer tuh?cepat amik kalkulator..

-Berapa berat kepala kita? Purata beratnya ialah 3.6 kg..isk..isk..berat juga, ada apa dalam kepala kita nie?

-100 billion sel saraf. Ini jumlahlah dalam kepala otak kita..ooo..patutla berat jer kepala kita.hehe

-Agak-agaklah kan, berapa helai rambut kat kepala kita ni? Berapa? sikit sangat tuh..puratanya ialah 100,000 helai..ermm..itu baru di kepala..

-Purata umur penduduk di Sierra Leone, Afrika ialah 41 tahun..

-Mata kita sentiasa berkelip, tapi berapa kali sehari? 14,400 kali sehari jumlahnya..Subhanallah..

-Kalau kita suka manis, mungkin kita memakan 60 kilogram gula setahun..patutlah gula habis kat kedai..hihi

-Berapa banyak kita minum sepanjang hayat kita? Jumlahnya, 800 gelen air..banyaknya kita minum..

-Kita akan mengantuk selama tujuh minit sebelum tidur..tak percaya, cuba cuba bila mengantuk, tapi mungkin kita tak sedar, sebab kita dah tidur dulu..hehehe

-Kita suka sangat bila dapat patah-patahkan jari-jemari..lega rasa, tapi kalau dihitung, secara puratanya dahpun mematah-matahkan jari kira-kira 24 juta kali..ni termasuk jari kaki yang busuk tau..

-Hujan yang turun adalah berkelajuan 35 kilometer sejam..laju juga tu..

-Terdapat sebuah tempat yang menakutkan di Gurun Durango, Mexico yang dipanggil Zon Sunyi. Apabila berada di sana, anda tidak akan dapat menerima isyarat televisyen mahupun radio dengan dengan jelas. Selain itu, penduduk di kawasan tersebut mendakwa sering melihat bebola api misteri yang tiba-tiba muncul di angkasa.

-Terdapat sejenis tiram di Kepulauan Carribean yang boleh memanjat pokok.

-Artis-artis terkenal Jimmy Hendrix, Janis Joplin dan Jim Morrison meninggal dunia semasa mereka baru berusia 27 tahun.

-Bekas Presiden Amerika , Jimmy Carter adalah seorang pembaca yang pantas. Beliau berupaya membaca 2,000 patah perkataan seminit.

-Semasa era Victoria, terdapat ketakutan yang melampau jika manusia dikebumikan sebelum ia 'benar-benar sudah mati'. Jadi, apabila seseorang dianggap sudah meninggal dunia, satu lubang kecil akan digali dari keranda ke permukaan tanah. Kemudian seutas tali akan diikat pada tangan mayat yang disambung kepada sebiji lonceng kecil tapi kuat bunyinya. Ini dilakukan supaya apabila seseorang yang dikebumikan itu masih hidup, mereka boleh membunyikan lonceng tersebut dan orang yang ditugaskan menjaga kubur tersebut (24jam setiap hari!) akan menggali pusara berkenaan dan membawa mereka keluar.

-Paku besi tidak boleh digunakan pada kayu oak kerana asid di dalam kayu itu boleh mengaratkannya dengan cepat.

-Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal.

-Pada zaman Mesir kuno, masyarakat negara itu membayar cukainya dengan menggunakan madu. Sementara itu, buah aprikot pada masa itu dipanggil 'telur matahari'.

-Satu kebakaran besar telah berlaku di London pada tahun 1666 menyebabkan separuh daripada kota raya itu musnah. Namun peliknya, hanya enam orang saja yang cedera dalam malapetaka tersebut.

-Pada zaman Pertengahan dahulu, mahkamah tertinggi di Perancis telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seekor lembu kerana didapati bersalah mencederakan seorang manusia.

-Di Tokyo, terdapat kedai yang menjual rambut palsu untuk anjing.

-Di Turki, warna yang melambangkan kesedihan ialah ungu. Pemilihan warna ini memang aneh kerana di kebanyakan tempat di dunia, warna berkabung ialah putih dan hitam.

-Di Bangladesh, kanak-kanak seawal usia 15 tahun boleh dipenjarakan jika meniru di dalam peperiksaan akhir.

-Pada zaman India dan China kuno dahulu, penduduk di bebrapa bahagian negara itu menganggap daging tikus sebagai hidangan yang amat lazat!

-'Y' adalah nama tempat yang paling pendek di dunia. Ia terletak di Perancis dan penduduknya menggelarkan diri mereka Ypsilonien.

-Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing.

-Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke arah sebelah barat.

-Selepas makan, lalat akan memuntahkan kembali makanannya dan kemudian memakannya balik.

-Angsa-angsa di England adalah harta Permaisuri.

Tuesday, September 7, 2010

"SELAMAT HARI RAYA 1431H" & "MAAF ZAHIR DAN BATIN"


Setelah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dengan pelbagai ujian dan dugaan, umat Islam menyambut Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemenangan dan kejayaan.

Umat Islam merayakan Aidilfitri pada setiap 1 Syawal sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan. Mereka bersyukur kepada Allah atas kejayaan mereka dalam ibadah puasa sepanjang Ramadhan, kerana ibadah puasa itu merupakan suatu ibadah yang bukan mudah untuk dikerjakan oleh semua orang, melainkan kepada orang yang benar-benar beriman dan bertakwa.

Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “...supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya...” (Surah Al-Hajj, ayat 37)

Disunatkan banyak berdoa selepas bertakbir. Doa-doa di malam Aidilfitri dan di pagi Syawal ini sangat diperkenankan oleh Allah kerana kita baru sahaja selesai berpuasa sebulan penuh dan menunaikan zakat fitrah. Setelah menjalani Ramadan, hati kita insyaAllah adalah hati-hati yang beriman, mulut kita mulut yang bersih, minda dan jiwa kita juga bersih dan tenang.Pada malam Hari Raya juga kita disaran melakukan qiamulail, membangunkan malam dengan ibadat seperti solat tahajjud, solat tasbih, solah taubat dan solat witir.

Dalam kita menyambut 1 Syawal, umat Islam sepatutnya mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam sambutan Aidilfitri. Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.


Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga, umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.


Menziarahi kubur

Lazimnya pada pagi Hari Raya iaitu sebelum atau sesudah solat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan berpusu-pusu memenuhi tanah-tanah perkuburan untuk menziarah kubur ahli keluarga mereka. Sesetengah tanah perkuburan telah berubah menjadi seperti kawasan perayaan yang meriah. Terdapat gerai-gerai yang menjual bunga-bunga dan air wangian untuk ditabur dan dijirus di atas kuburan.

Ramai juga di antara kita yang melakukan ibadat-ibadat tertentu di kawasan perkuburan tersebut seperti membaca surah Yasin, berzikir malah ada yang melakukan upacara tahlil di situ untuk di sedekahkan pahalanya kepada mayat. Ada juga segelintir kecil umat Islam yang sehinggakan membawa makanan serta minuman di kawasan perkuburan dan membuat jamuan di kawasan perkuburan.


Tiada tuntutan sunnah menziarahi kubur pada awal Syawal tetapi akan menginsafkan kita tentang kematian, mengingatkan kita supaya membuat persiapan menjelang kematian. Bagaimanapun, kita melakukannya sebagai adat tradisi dan sebagai ingatan kasih-sayang kepada orang-orang yang telah pergi. Sekiranya menziarahi kubur, hendaklah menjaga adab ziarah kubur, antaranya menyampaikan salam kepada ahli kubur, berpakaian menutup aurat dan berdoa untuk ahli kubur.

Ini semua merupakan perbuatan yang tidak pernah diajar oleh Rasulullah SAW dan tidak juga pernah diamalkan oleh mana-mana para al-salafussoleh termasuk imam kita Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'i rahimahullah. "Sekiranya perkara tersebut adalah baik lagi mendatangkan manfaat yang besar kepada umat Islam, nescaya mereka akan mendahului kita dalam mengamalkannya."

Syaikh Wahid Abdussalam Bali ketika mengingkari pengkhususan Hari Raya Adilfitri dijadikan hari menziarah kawasan perkuburan telah berkata:

"Pertama, bukan merupakan petunjuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau salah seorang sahabatnya mengkhususkan Hari Raya untuk berziarah kubur. Kedua, Hari Raya adalah hari kegembiraan dan kesenangan, bukan hari kesedihan dan tangisan. Ketiga, Hari Raya adalah hari saling berkunjung orang-orang yang masih hidup, dan bukan untuk mengunjungi orang-orang yang sudah mati. - (Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 429)

Sebenarnya Rasulullah SAW telah mengharamkan untuk dilakukan ibadah di kawasan perkuburan dan menjadikannya sebagai kawasan perayaan. Ini sebagaimana sabdanya:

"Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah." - (Hadis riwayat Imam Muslim, no: 780)


camner pula dengar duit raya?kite anggap je la sedekah.

Sama ada secara berjenaka atau serius, sesetengah orang menganggap Hari Raya adalah sambutan sebulan Syawal, kononnya kerana Ramadan disambut sebulan. Pada definisinya, Hari Raya Aidilfitri adalah sambutan sehari iaitu pada hari pertama dalam bulan Syawal, sebagai tanda berakhir Ramadan.


Hadis diriwayatkan Anas (ra) bermaksud:
“Setelah Rasulullah (saw) tiba di Madinah, Baginda melihat penduduk-penduduk bandar itu merayakan dua hari dengan bertemasya. Baginda bertanya, sambutan apakah itu? Penduduk-penduduk tempatan menjawab bahawa mereka telah menyambut dua hari kebesaran itu sejak zaman Jahiliah lagi. Lantas Rasulullah bersabda: Allah telah memberikan kepada anda dua hari istimewa untuk menggantikan dua hari itu. Hari-hari itu adalah Aidiladha dan Aidilfitri.”

Berpandukan kepada hadis di atas, jelaslah bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disyorkan hanyalah sehari. Sebagaimana yang diketahui juga, kita disunatkan puasa enam hari di bulan Syawal, tetapi diharamkan berpuasa pada 1 Syawal – membuktikan hanya pada 1 Syawal kita disuruh meraikan akhir Ramadan.

Kesimpulannya, sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Amin.





apepon aku sebagai tuan punya blog ni ucapkan pada semua umat islam terutama pembaca blog aku ni "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" & "MAAF ZAHIR + BATIN"

TERISTIMEWA BUAT BONDA YANG TERSAYANG dan TUNANG ku.
Assalamualaikum dan terima kasih :-)

Friday, September 3, 2010

For the Rest of My Life

dariku, Norazam bin Haron
untukmu, Yasirah binti Mohd Razif























I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO....

And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO....

And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...