
-Secara puratanya, kita berkelip sebanyak tujuh kali seminit bila kita mengadap komputer ni..tak percaya? cuba test tengok..hehe
-Tahukah kita yang lalat tu secara puratanya hanya hidup selama sebulan? Bayangkan kalau kita hanya ada sebulan..camne?
-Pukul ratanya, kita berjalan sejauh 160 billion milimeter sepanjang hayat kita..berapa kilometer tuh?cepat amik kalkulator..
-Berapa berat kepala kita? Purata beratnya ialah 3.6 kg..isk..isk..berat juga, ada apa dalam kepala kita nie?
-100 billion sel saraf. Ini jumlahlah dalam kepala otak kita..ooo..patutla berat jer kepala kita.hehe
-Agak-agaklah kan, berapa helai rambut kat kepala kita ni? Berapa? sikit sangat tuh..puratanya ialah 100,000 helai..ermm..itu baru di kepala..
-Purata umur penduduk di Sierra Leone, Afrika ialah 41 tahun..
-Mata kita sentiasa berkelip, tapi berapa kali sehari? 14,400 kali sehari jumlahnya..Subhanallah..
-Kalau kita suka manis, mungkin kita memakan 60 kilogram gula setahun..patutlah gula habis kat kedai..hihi
-Berapa banyak kita minum sepanjang hayat kita? Jumlahnya, 800 gelen air..banyaknya kita minum..
-Kita akan mengantuk selama tujuh minit sebelum tidur..tak percaya, cuba cuba bila mengantuk, tapi mungkin kita tak sedar, sebab kita dah tidur dulu..hehehe
-Kita suka sangat bila dapat patah-patahkan jari-jemari..lega rasa, tapi kalau dihitung, secara puratanya dahpun mematah-matahkan jari kira-kira 24 juta kali..ni termasuk jari kaki yang busuk tau..
-Hujan yang turun adalah berkelajuan 35 kilometer sejam..laju juga tu..
-Terdapat sebuah tempat yang menakutkan di Gurun Durango, Mexico yang dipanggil Zon Sunyi. Apabila berada di sana, anda tidak akan dapat menerima isyarat televisyen mahupun radio dengan dengan jelas. Selain itu, penduduk di kawasan tersebut mendakwa sering melihat bebola api misteri yang tiba-tiba muncul di angkasa.
-Terdapat sejenis tiram di Kepulauan Carribean yang boleh memanjat pokok.
-Artis-artis terkenal Jimmy Hendrix, Janis Joplin dan Jim Morrison meninggal dunia semasa mereka baru berusia 27 tahun.
-Bekas Presiden Amerika , Jimmy Carter adalah seorang pembaca yang pantas. Beliau berupaya membaca 2,000 patah perkataan seminit.
-Semasa era Victoria, terdapat ketakutan yang melampau jika manusia dikebumikan sebelum ia 'benar-benar sudah mati'. Jadi, apabila seseorang dianggap sudah meninggal dunia, satu lubang kecil akan digali dari keranda ke permukaan tanah. Kemudian seutas tali akan diikat pada tangan mayat yang disambung kepada sebiji lonceng kecil tapi kuat bunyinya. Ini dilakukan supaya apabila seseorang yang dikebumikan itu masih hidup, mereka boleh membunyikan lonceng tersebut dan orang yang ditugaskan menjaga kubur tersebut (24jam setiap hari!) akan menggali pusara berkenaan dan membawa mereka keluar.

-Paku besi tidak boleh digunakan pada kayu oak kerana asid di dalam kayu itu boleh mengaratkannya dengan cepat.
-Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal.
-Pada zaman Mesir kuno, masyarakat negara itu membayar cukainya dengan menggunakan madu. Sementara itu, buah aprikot pada masa itu dipanggil 'telur matahari'.
-Satu kebakaran besar telah berlaku di London pada tahun 1666 menyebabkan separuh daripada kota raya itu musnah. Namun peliknya, hanya enam orang saja yang cedera dalam malapetaka tersebut.
-Pada zaman Pertengahan dahulu, mahkamah tertinggi di Perancis telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seekor lembu kerana didapati bersalah mencederakan seorang manusia.
-Di Tokyo, terdapat kedai yang menjual rambut palsu untuk anjing.
-Di Turki, warna yang melambangkan kesedihan ialah ungu. Pemilihan warna ini memang aneh kerana di kebanyakan tempat di dunia, warna berkabung ialah putih dan hitam.
-Di Bangladesh, kanak-kanak seawal usia 15 tahun boleh dipenjarakan jika meniru di dalam peperiksaan akhir.
-Pada zaman India dan China kuno dahulu, penduduk di bebrapa bahagian negara itu menganggap daging tikus sebagai hidangan yang amat lazat!
-'Y' adalah nama tempat yang paling pendek di dunia. Ia terletak di Perancis dan penduduknya menggelarkan diri mereka Ypsilonien.
-Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing.
-Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke arah sebelah barat.
-Selepas makan, lalat akan memuntahkan kembali makanannya dan kemudian memakannya balik.
-Angsa-angsa di England adalah harta Permaisuri.
No comments:
Post a Comment